Draft:Mohd faizal irman

From Wikipedia, the free encyclopedia

Mohd Faizal Bin Irman (lahir pada 15 Mei 1988 di Limbang, Sarawak) adalah seorang usahawan Malaysia dan Pengasas serta Ketua Pegawai Eksekutif bagi Tremendous Global Sdn Bhd. Beliau terkenal dengan inovasi dan kepimpinannya dalam industri perniagaan di Malaysia.

Kehidupan Awal dan Pendidikan Mohd Faizal dilahirkan di Limbang, Sarawak dan besar di sana. Beliau menunjukkan minat yang mendalam terhadap sastera dan keusahawanan sejak dari muda. Faizal melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia (USM) dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 2015.

  Tuan Mohd Faizal Irman tidak memulakan kerjayanya sebagai seorang usahawan kerana pada asalnya beliau adalah merupakan seorang penjawat awam, iaitu sebagai Pembantu Tadbir (P/O) di SK Nanga Merit, Limbang, sebuah sekolah di pedalaman Sarawak pada tahun 2010. Namun, akibat gagal menguruskan kewangan dengan baik, Tuan Faizal akhirnya terbeban dengan masalah bebanan hutang peribadi, hutang kereta dan sebagainya sehingga memaksa beliau untuk mencari sumber pendapatan lain.

Tuan Faizal telah banyak mencuba pelbagai jenis perniagaan antaranya sebagai penjual buku, penjual pakaian lelaki dan wanita, penjual jam tangan dan banyak lagi perniagaan lain secara tanpa modal ( dropship / affiliate ). Tuan Faizal juga pernah menceburkan diri dalam bidang pengurutan tradisional, mengambil upah untuk mengurut kaki dan badan lelaki dari rumah ke rumah. Walau bagaimanapun, perniagaan ini tidak mampu berkembang jauh kerana beliau hanya melakukan perniagaan ini sendiri, tanpa pekerja.

Taun 2014, Tuan Faizal bersama isterinya ( Nor Fahimah binti Hamid ) telah memilih untuk memulakan perniagaan menjual cendol yang juga dimulakan secara kecil-kecilan, dengan modal permulaan serendah RM200 dan menggunakan segala kelengkapan yang ada di rumah, termasuk barang kelengkapan milik ibunya. Bermula dari itu, semangat Tuan Faizal untuk mahu berjaya dalam perniagaan semakin membara, bertambah pula apabila mengenangkan segala kos tanggungan perbelanjaan harian keluarganya yang semakin meningkat. BERNIAGA DI PONDOK BURUK DI BAHU JALAN / KANOPI BIRU

Tuan Faizal sedar bahawa jika ingin berjaya dalam perniagaan bukanlah sesuatu yang mudah, malah terpaksa berhadapan dengan masalah tiada masa untuk bersama anak-anak tersayang kerana waktu hujung minggu sahaja lah peluang yang ada untuk Tuan Faizal dan isterinya menjalankan perniagaan, di hari lain, Tuan Faizal perlu berikan komitmen sepenuh masa untuk kerja hakikinya sebagai penjawat awam.

Akhirnya, Tuan Faizal mengambil keputusan untuk mencari pembantu operasi untuk mengendalikan perniagaan kecil ini supaya boleh beroperasi setiap hari. Syukur, pada awalnya perniagaan ini berkembang dengan baik sehingga Tuan Faizal boleh membuka jualan cendol berkanopi biru di tiga lokasi serentak di sekitar bandar Limbang dengan jenama Husna Hasya Corner.

Namun, asbab kurangnya ilmu perniagaan, tidak tahu cara penguruskan kos dan tidak mahir dalam penetapan harga, bertambah pula dengan jualan yang semakin merudum selepas musim perayaan memaksa Tuan Faizal untuk mengambil keputusan berat, iaitu menutup perniagaannya pada tahun 2018.

KEBANGKITAN SEMULA DARI KEGAGALAN

Keputusan berat yang terpaksa diambil Tuan Faizal pada hujung Oktober 2018 itu sebenarnya satu mukadimah baru dalam hidup Tuan Faizal sebagai usahawan. Tuan Faizal nekad untuk bangkit semula dari kejatuhan selepas beliau hadir ke Kursus Keusahawanan di Shah Alam, Selangor, sebuah program anjuran RichWorks yang dibimbing oleh seorang Mentor Keusahawanan, Datuk Wira Dr. Haji Azizan Osman.

Tahun 2019, Tuan Faizal memulakan semula perniagaannya dengan jenama baharu iaitu di atas nama TREMENDOUS CAFE, dengan berfokus kepada membantu lebih ramai peminat cendol untuk menikmati aneka pilihan cendol yang sangat sedap lagi mengiurkan. Berbekalkan ilmu dan pengalaman yang lepas telah banyak mengajar Tuan Faizal untuk memulakan perniagaan dengan impian yang tinggi, bersama dengan kumpulan pelaksana yang juga dibimbing oleh Tuan Faizal sendiri untuk lebih komited agar boleh maju bersama-sama.

Alhamdulillah, berkat usaha gigih kesemua pihak yang berada dalam organisasi TREMENDOUS CAFE, akhirnya perniagaan ini mula berkembang dengan baik dan mula menerima perhatian daripada pihak media massa antaranya TV1, TV-i, Astro Awani, Utusan Borneo dan Suara Sarawak. TREMENDOUS CAFE terus menempah nama dan mula menarik perhatian lebih ramai peminatnya khususnya lebih 14 ribu orang dari negara jiran, Brunei Darussalam.

PANDEMIK COVID-19, ANTARA UJIAN DAN HIKMAH

Langit tidak selalunya cerah, penularan virus Covid-19 ke seluruh dunia turut memberi impak yang sangat besar, bukan sahaja kepada perniagaan ini, malah turut membadai hampir ke semua jenis perniagaan. Banyak perniagaan yang lumpuh kerananya.

Tidak terkecuali dengan TREMENDOUS CAFE, turut terkesan apabila lebih 80% pengunjung harian daripada negara jiran itu tidak lagi berkunjung setelah pintu sempadan itu mula di tutup rapat. Jumlah jualan harian jugak terus jatuh mendadak, luar dari kebiasaan. Namun, Tuan Faizal bersama kumpulan pasukannya enggan mengalah dengan situasi yang sama untuk kali kedua, dan beliau nekad untuk terus merialisasikan cadangan untuk melebarkan sayap perniagaannya ke Miri, Sarawak untuk cawangan yang kedua.

Tuan Faizal telah mendapatkan bantuan pinjaman kewangan dari MARA sebagai dana permulaan, iaitu sejumlah RM 225 ribu untuk membuka cawangan baru di Miri, Sarawak. Syukur, apa yang dirancang ini dipermudahkan walaupun melalui beberapa halangan khususnya hal yang berkaitan dengan SOP sepanjang penularan Covid-19 ini berlaku. Alhamdulillah, Tuan Faizal sendiri tidak pernah menyangka yang perniagaan cendolnya yang hanya bermula di sebuah pondok buruk di Limbang, Sarawak boleh berkembang hingga ke Miri, Sarawak.

BANTU LAHIRKAN LEBIH RAMAI USAHAWAN, CAPAI IMPIAN

Perjalanan jatuh bangun Tuan Faizal dalam dunia perniagaan telah banyak mengajar beliau agar terus tabah untuk menghadapi sebarang dugaan dan berusaha untuk konsisten dalam memberikan manfaat kepada lebih ramai orang lain.

Sedar bahawa menjalankan perniagaan itu bukanlah sesuatu hal yang mudah, Tuan Faizal nekad untuk membantu lebih ramai masyarakat khususnya masyarakat setempat di bahagian Miri dan Limbang yang mahu menjana pendapatan sampingan untuk mula belajar sambil berniaga.

Tuan Faizal telah membuka peluang kepada orang awam untuk menjadi usahawan tanpa modal, dengan pendaftaran sebagai agen / dropship secara percuma, malah turut menerima bimbingan juga secara percuma oleh Tuan Faizal sendiri setiap minggu secara berkumpulan dan bimbingan peribadi.

Hasilnya, kurang dari setahun, jumlah jualan terkumpul dari kesemua agen dan dropship telah melebihi RM100 ribu, yang sedikit sebanyak telah turut membantu meningkatkan pendapatan isi rumah mereka khususnya kepada para wanita yang mahu membantu meringankan beban suami dalam menyara keluarga.

Pengasas Tremendous Global Sdn. Bhd. Tuan Faizal, telah berjaya merangkul dua anugerah iaitu Peringkat Negeri dan kebangsaan . Anugerah berkenaan adalah Anugerah Perdana Belia Negara (Ikon Youth-Biz) pada tahun 2022 dan Anugerah Usahawan Bumiputera Sarawak (Belia lelaki) pada tahun 2022.

PERJALANAN YANG MASIH PANJANG Dalam sebuah pelayaran yang jauh, pastilah akan menemui pelbagai rintangan termasuklah segala pukulan dari ombak dan badai, mungkin akan ada kain layar yang lompong, dan mungkin ada kerosakan, compang-camping di sana sini yang perlu diperbaiki. Begitu juga lah keadaannya dalam mengendali sebuah perniagaan yang hendak di bawa lebih jauh. Tiada istilah selesa untuk Tuan Faizal selagi masih ada nyawa di kandung badan.

Tuan Faizal berhasrat untuk terus mengembangkan perniagaan ini ke mata dunia satu hari nanti dan kejayaan ini sangat penting baginya kerana ianya bukan sahaja sekadar untuk kepentingan peribadi, malah turut akan membantu lebih ramai orang lain yang turut serta dalam ‘pelayaran’ ini termasuk semua kumpulan ketua dan semua yang berada dalam organisasi ini, dan usahawan lain yang turut mencari rezeki atas nama jenama ini sebagai agen dan dropship.

Tuan Faizal berpegang pada Sabda dari Baginda Rasulullah SAW : “Sebaik-baik manusia di antara mu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Moga segala amalan baik kita di terima oleh Allah SWT. In Shaa Allah. Amin