User:Azinumi

From Wikipedia, the free encyclopedia

Ulama' Teknokrat

Misi 20 tahun lalu kini hampir menjadi kenyataan. Bermula dengan penubuhan Sekolah Bestari tahun 1997. Bulan Julai menjadi saksi penerimaan 645 pelajar kemasukan sekolah unik ini. Visi melahirkan Ulama' Teknokrat masa hadapan adalah luar biasa. Kumpulan pelajar cemerlang UPSR seluruh negeri Terengganu Darul Iman dari daerah utara Besut hingga ke daerah selatan Kemaman.

Nostalgia visi ini kembali lagi apabila idea kerajaan Teknokrat menjadi bualan hangat semenjak tahun 2017 sehingga kini. Satu trend baru rakyat Malaysia dan seluruh dunia. Apakah itu kerajaan Teknokrat?Suatu persoalan yang akan kita bentangkan untuk semua.

Ilmu pengetahuan adalah asas kehidupan setiap makhluk bernama manusia. Habitat yang selamat.Keperluan asas yang mencukupi. Komuniti damai. Daripada mana semua ini berasal? Ia bermula daripada setiap orang sebagai individu, keluarga, masyarakat,negeri,negara juga komuniti antarabangsa.Masing-masing mempunyai peranan tersendiri.