User:Fishy 84/sandbox

From Wikipedia, the free encyclopedia
Caption text


Jabatan Penerangan Malaysia
Caption text
Websitehttp://www.penerangan.gov.my/


JABATAN PENERANGAN MALAYSIA[edit]

SEJARAH[edit]

SEJARAH PENUBUHAN JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Sejarah penubuhan Jabatan Penerangan dikatakan bermula dari tarikh penubuhan Jabatan Publisiti dan Percetakan (Department of Publicity and Printing) pada bulan September 1945. Walau bagaimanapun sebelum itu terdapat agensi kerajaan yang menjalankan tugas-tugas perhubungan awam iaitu Malay States Information Agency yang ditubuhkan pada tahun 1926. Jabatan ini disusun semula untuk disesuaikan dengan pentadbiran sivil mulai 1 April 1946 dan diberi nama baru iaitu Jabatan Perhubungan Raya (Department of Public Relations). Pada tahun 1950 nama itu ditukar kepada Jabatan Penerangan dengan tugas-tugas yang tersusun dan diperluaskan lagi. Jabatan ini diletakkan di bawah Kementerian Penerangan yang ditubuhkan pada tahun 1961.
Laporan Jabatan terawal yang terdapat di Arkib Negara ialah laporan bulanan bagi bulan September 1945 yang mencatatkan bahawa jabatan telah ditubuhkan semenjak 24 September 1945. Minit mesyuarat D.C.C.A.O. Conference bertarikh 22 September 1945 mencatatkan bahawa Jabatan Publisiti dan Percetakan telah diwakili oleh Colonel Dumeresque (Director, Department of Publicity and Printing, British Military Administration, Singapore) dan Major Walker (mewakili Department of Publicity and Printing, Kuala Lumpur). Jabatan ini ditubuhkan dengan tujuan mengembalikan imej Kerajaan British yang telah terjejas akibat pendudukan Jepun. Pentadbiran Tentera British berlangsung dari 5 September 1945 dan tamat pada 31 Mac 1946. British Military Administration menghadapi keadaan kucar-kacir selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Sebahagian rakyat telah hilang kepercayaan terhadap mereka. Pada masa itu beberapa pertubuhan kebangsaan telah tumbuh dengan matlamat membebaskan Tanah Melayu dari sebarang penjajahan kuasa asing. [1]
Caption text


PERANAN[edit]

PERANAN JABATAN PENERANGAN MALAYSIA 1940-AN HINGGA 1990-AN
Sejak penubuhannya, Jabatan ini dipertanggungjawabkan untuk memberi penerangan bagi menenang dan mengawal keadaan. Penerangan disampaikan melalui komunikasi bersemuka, bahan-bahan yang dicetak dan penyiaran melalui radio. Pada masa itu, Jabatan Publisiti dan Percetakan turut bertanggungjawab ke atas percetakan dan penyiaran radio. Selain itu, Jabatan ini juga bertanggungjawab untuk mencetak dan mengawal percetakan semua jenis borang dan bahan-bahan lain yang diperlukan oleh semua jabatan kerajaan. Pada 1 April 1946 Jabatan Publisiti dan Percetakan telah dibubarkan dan diberikan nama baru iaitu Jabatan Perhubungan Raya (Department of Public Relations) yang mengambil alih semua fungsi Jabatan Publisiti dan Percetakan. Sejak tarikh tersebut Jabatan ini tidak lagi bertanggungjawab ke atas percetakan dan penyiaran. Pada tahun 1950 barulah nama Jabatan Penerangan diguna pakai selaras dengan fungsi dan tanggungjawabnya. [2]



REFERENCE[edit]

[1]http://www.penerangan.gov.my/index.php/bm/mengenai-jpen/profil-organisasi/sejarah,This link is accurate as at 25 February 2014. </ref>
  1. ^ Cite error: The named reference test was invoked but never defined (see the help page).