User:JKKK SERI DALAM

From Wikipedia, the free encyclopedia

SEJARAH KG PT SERI DALAM, 83210 SENGGARANG, JOHOR

Kampung Parit Seri Dalam dibuka pada tahun 1917 oleh Tuan Haji Ali Bin Mangon sebagai ketua kampung pada ketika itu dan menamakan kampung ini sebagai Sri dalam kerana jarak kampung ini yang jauh pada masa itu daipada pekan Senggarang dan Parit raja.

Manakala pada tahun 1930, Tuan haji Abd Rahman (ketua kampung ke-2) telah mewujudkan Lapis Sri Dalam setelah penduduk semakin ramai dan bertambah.

Seterusnya, Tuan Haji Ismail Bin Abd Rahman dilantik sebagai ketua kampung pada tahun 1952, diikuti Encik Ismail Bin Md Dasim (1956), Encik Shiri Bin Pali (1957), Tuan Haji Mohamad Bin Taib (1962), Tuan Haji Ibnu Bin Ismail (1989), Encik Supa'at Bin Salikin (2007), Tuan Haji Md Shah Bin Kasnan (2009 - 2016) dan Encik Mohamed Jumari Bin Aman (2016 hingga kini).

Kampung Seri Dalam merupakan kampung induk dimana kampung rangkaian terdiri daripada kampung Lapis Seri Dalam dan Kampung Parit Rostam. Keluasan keseluruhan kampung adalah 435 hektar.

Jumlah penduduk adalah seramai 1028 orang dimana bagi kampung Induk seramai 386 orang dan bagi kampung rangkaian 642 orang. 10 orang berketurunan Cina dan selebihnya adalah berketurunan Melayu.

Kegiatan sosiaekonomi masyarakat di sini adalah 60% pertanian, 30% bekerja disektor kerajaan dan swasta, 5% berniaga dan 5% bekerja sendiri.

Kemudahan awam yang terdapat kampung ini adalah seperti berikut : 1. Sebuah Sekolah Kebangsaan 2. Sebuah sekolah Agama 3. 3 buah Tadika/Prasekolah 4. Sebuah Masjid 5. 5 buah Surau 6. 2 Dewan terbuka 7. Sebuah Balairaya 8. Sebuah Pusat Sumber