Jump to content

User:Anina Saadudin

From Wikipedia, the free encyclopedia

https://www.facebook.com/sophy.inara

Maklumat peribadi :

Wanita Melayu beragama Islam berasal dari Langkawi, Kedah dan kini menetap di Kuala Lumpur


Jawatan :

Bekas pensyarah sebuah institut pengajian tinggi swasta (IPTS)

Ahli perniagaan terlibat dalam jualan baju kurung Kedah

Bekas anggota Wanita UMNO Cawangan Padang Mat Sirat

Bekas anggota Wanita UMNO Langkawi

Salah seorang dari tujuh bekas pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)

Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)

Bekas Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)

Presiden Empirical Malaysia (Nov 2017 sehingga kini)


Karier politik :

28 Ogos 2015 : Memfailkan saman terhadap Datuk Seri Najib dan Setiausaha Eksekutif Datuk Ab Rauf Yusoh, antara lain, bagi menuntut sebahagian daripada derma RM2.6 bilion (AS$650 juta) yang dikatakan dimasukkan oleh presiden parti ke dalam akaun peribadinya di Singapura.

Datuk Seri Najib dan Ab Rauf kemudiannya memfailkan permohonan untuk membatalkan saman atas sebab ia remeh dan menyusahkan, serta Anina tidak mempunyai hak di bawah undang-undang untuk menyaman kerana dia bukan seorang pegawai awam parti UMNO.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab membenarkan permohonan pembatalan Datuk Seri Najib dan Ab Rauf itu selepas membuat keputusan bahawa Anina tidak mempunyai locus standi bagi memulakan tindakan undang-undang kerana dia bukan pegawai awam ataupun menyandang sebarang jawatan dalam UMNO.

31 Dis 2015 : Membuat rayuan terhadap pembatalan saman oleh Mahkamah Tinggi.

September 2016 : Memfailkan notis untuk menarik balik rayuan saman di Mahkamah Rayuan.

Nov 2017 : Menubuhkan Empirical Malaysia, sebuah badan bukan kerajaan yang telah diluluskan secara rasmi oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 27 Oktober 2017.

Asas penubuhan Empirical Malaysia adalah memperjuangkan agenda ekonomi Melayu yang merupakan subset kepada agenda politik Melayu.