Jump to content

User:Harriszahari/sandbox

From Wikipedia, the free encyclopedia
Maulana Asri
Maulana Asri menerima Ijazah Kehormat Doktor Hadis daripada YAM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra

Maulana Muhammad Asri Yusoff[edit]

Maulana (Dr.) Muhammad Asri bin Muhammad Yusoff juga dikenali sebagai Maulana Asri ialah seorang ilmuan Islam, pendakwah, dan penulis profilik yang berasal dari Malaysia.[1]. Beliau dikenali sebagai ilmuan di dalam disiplin hadis, aqidah, sirah, tafsir Al-Quran, dan bahasa. Beliau juga merupakan pengasas dan penaung kepada pusat pengajian Al-Quran dan pengajian Islam, Darul Kausar[2].

Biodata[edit]

Maulana Asri dilahirkan pada 12 Julai 1958 di Kampung Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan. Pada tahun 1967, beliau telah merantau ke India ketika berusia 9 tahun untuk mengikuti pengajian Al-Quran selama 2 tahun di Darul Uloom, Deoband.

Pada tahun 1969, Maulana Asri telah pulang ke Malaysia untuk meneruskan pengajiannya di Madrasah Ad-Diniah Al-Bakriyyah, Pasir Tumboh, Kelantan[3]. Kemudian Maulana Asri kembali ke India pada tahun 1977 untuk menyambung pembelajarannya di dalam Bahasa Arab dan pengajian Islam di Darul Uloom Nadwatul Ulama, Lucknow, India selama 5 tahun.

Kemudian Maulana Asri meneruskan pengajian daurah hadis di Jamiah al-Ulum al-Islamiah, Karachi, Pakistan dari 1984 hingga 1985. Dalam proses pembelajarannya di India dan Pakistan, Maulana Asri berjaya menguasai bahasa Arab, Urdu, Parsi, Hindi, Sanskrit dan Inggeris.

Darul Kausar[edit]

Selepas kembali ke Malaysia, Maulana Asri telah mengasaskan Pusat Pengajian Al-Qur'an Darul Kausar (PPADK) atau dikenali sebagai Darul Kausar di Kelantan pada tahun 1986. Darul Kausar merupakan institusi pengajian menghafaz al-Quran serta pengajian ilmu-ilmu Islam dan bahasa Arab yang berlandaskan kepada penekanan pengajian serta pengamalan al-Quran dan sunnah di dalam kehidupan seharian. Kemuncak silibus pengajian kitab adalah Dauratul Hadis. Darul Kautsar memainkan peranan membimbing generasi Islam ke arah menjadi insan yang berilmu serta beramal berdasarkan galian dan sumber-sumber yang tulen dan sahih[4]

Maulana Asri juga memainkan peranan sebagai tenaga pengajar utama di Darul Kausar, beliau bertanggungjawap untuk mengajar beberapa kitab hadis seperti Sahih Bukhari, Jami' Al-Tirmidzi dan Muwatta Imam Malik kepada pelajar-pelajarnya. Kini Maulana Asri bertanggungjawap sebagai Penaung di Darul Kausar.[5]

Kerjaya dan Sumbangan[edit]

Maulana Asri dikenali sebagai ilmuan di bidang hadis dan juga aktif di dalam aktiviti dakwah dengan menyampaikan kuliah dan kelas-kelas pengajian Islam khususnya dalam bidang hadis di seluruh Malaysia sejak 1980-an hingga kini. Berikut adalah antara kuliah-kuliah yang disampaikan oleh beliau:

Penulisan dan Karya[edit]

Beliau adalah seorang penulis profilik yang telah menghasilkan banyak buku dalam bidang hadis, akidah dan bahasa. Antara karya beliau termasuk:

  • Bahaya Syiah Kepada Akidah, Syariah, Akhlak Ummah dan Negara
  • Syiah Rafidah, Di Antara Kecuaian Ulama' dan Kebinggungan Ummah
  • Pengaruh Syi'ah Dalam Tasawuf dan Tariqat, Pustaka Bisyarah (2007)
  • Kamus Tematik al-Kautsa (Melayu-Arab-Urdu)
  • Sayyidina Mu'awiyah Khalifah Rashid Yang Teraniaya
  • Anak Cucu Nabi SAW Yang Dilupakan
  • Kamus Hindi (Sanskrit) - Melayu
  • Ibnu Ishaq: Peranannya Dalam Penyebaran Fahaman Syi'ah di Kalangan Ummah
  • Terjermahan Pedoman Homeopati, Pustaka Bisyarah
  • Terjemahan Syeikh Muhammad bun 'Abdil Wahhab: Pada Pandangan Ulama'-Ulama' Penegak Kebenaran di Benua Kecil India, Pustaka Bisyarah
  • Fiqh Sayyidina Umar r.a
  • Siri Pemurnian Sejarah Awal Islam 1: Umar Al-Khattab Disanjung atau Dihina, Pustaka Bisyarah.
  • Siri Pemurnian Sejarah Awal Islam 2. Pustaka Bisyarah.
  • Siri Pemurnian Sejarah Awal Islam 3. Pustaka Bisyarah.
  • Teguran Suci dan Jujur Terhadap Umat Mengenai Sirah. PTS Publishing House (2022)[14]
  • Teguran Suci dan Jujur Terhadap Umat Mengenai Hadith. PTS Publishing House (2022)[15]
  • Teguran Suci dan Jujur Terhadap Umat Mengenai Akidah. PTS Publishing House (2022)[16]
  • Kesudahan yang Baik Hanya Bagi yang Bertaqwa. PTS Publishing House (2023)[17]
  • Shahih al-Bukhari Bersama Terjemahan dan Ulasan Maulana Muhammad Asri Yusoff Jilid 1, Pustaka Bisyarah (2022)
  • Sebaik-baik Pemandu bagi Bahasa Urdu, Pustaka Bisyarah
  • 99 Usul Dirayat Hadits: Satu Panduan Mudah Untuk Mengesan Hadits-Hadits Dhai'if dan Maudhu' (Jilid 1). Pustaka Bisyarah

Anugerah dan Pengiktirafan[edit]

Maulana Asri adalah salah seorang daripada ulama yang dihormati di Malaysia dan sering dijemput sebagai sumber rujuk dan membentangkan kertas kerja tentang isu-isu berkaitan hadis, sirah dan bahaya aqidah Syi'ah.

Pada tahun 2023, Maulana Asri telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Hadis di dalam Istiadat Konvokesyen Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) Kali Ke-6 yang disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail merangkap Tuanku Canselor KUIPs.[18] Penganugerahan ini bertujuan untuk mengiktiraf jasa dan sumbangan Maulana Asri di dalam bidang hadis.

  1. ^ "Mengenali Penulis - MindaTajdid". https://www.mindatajdid.com/. Retrieved 2024-05-17. {{cite web}}: External link in |website= (help)
  2. ^ "Carta Organisasi – PONDOK DARUL KAUTSAR". Retrieved 2024-05-15.
  3. ^ "Maulana Muhammad Asri bin Yusof - Penulis - PTS". pts.com.my. Retrieved 2024-05-15.
  4. ^ admin (2014-06-18). "Setelah Mendengar Ini.. Marilah Kita Pakat-pakat Bantu Darul Kautsar". al-ahkam.net 1434. Retrieved 2024-05-15.
  5. ^ "Carta Organisasi – PONDOK DARUL KAUTSAR". Retrieved 2024-05-15.
  6. ^ "SAHIH AL-BUKHARI". Syarahan Hadith. 2019-07-14. Retrieved 2024-05-15.
  7. ^ "Sahih Muslim". Syarahan Hadith. 2019-07-14. Retrieved 2024-05-15.
  8. ^ "Sunan Abi Daud". Syarahan Hadith. 2019-07-14. Retrieved 2024-05-15.
  9. ^ "Jami' At-Tirmidzi". Syarahan Hadith. 2019-07-14. Retrieved 2024-05-15.
  10. ^ "Sunan An-Nasaei". Syarahan Hadith. 2019-08-01. Retrieved 2024-05-15.
  11. ^ "Misykat al-Masabih". Syarahan Hadith. 2019-08-01. Retrieved 2024-05-15.
  12. ^ "Ilmu-Ilmu dan Perbincangan Tentang Hadith". Syarahan Hadith. 2019-11-04. Retrieved 2024-05-15.
  13. ^ "Taman Al-Quran". Taman Al-Quran. Retrieved 2024-05-15.
  14. ^ "Maulana Muhammad Asri bin Yusof - Penulis - PTS". pts.com.my. Retrieved 2024-05-17.
  15. ^ "Maulana Muhammad Asri bin Yusof - Penulis - PTS". pts.com.my. Retrieved 2024-05-17.
  16. ^ "Maulana Muhammad Asri bin Yusof - Penulis - PTS". pts.com.my. Retrieved 2024-05-17.
  17. ^ "Maulana Muhammad Asri bin Yusof - Penulis - PTS". pts.com.my. Retrieved 2024-05-17.
  18. ^ MalaysiaGazette, Wartawan (2023-11-05). "275 graduan KUIPs terima ijazah, diploma". MalaysiaGazette. Retrieved 2024-05-15.