Jump to content

User:SMK SERI MAHKOTA

From Wikipedia, the free encyclopedia

Sejarah Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota telah dibuka pada tahun 1973 dan diasaskan oleh Encik Abdul Aziz bin Tapa (Y.B. Dato’) – DSKJ, AMN, PJK. Pada masa itu, sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Umbai.

Ketika sekolah ini dibuka terdapat dua bangunan sahaja (Blok A dan Blok B) yang menempatkan sebuah pejabat, 12 buah bilik darjah, 3 makmal sains dan sebuah bilik guru. Selain daripada itu terdapat juga 3 buah bengkel Seni Perusahaan, sebuah bilik Sains Rumahtangga dan sebuah kantin. Jumlah guru pada masa itu ialah seramai 10 orang dengan jumlah muridnya 226 orang.

Pada tahun 1976, Sekolah Menengah Umbai telah ditukar nama menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota. Nama ini dicadangkan oleh Tn Hj Mohammad bin Hj Md Tain iaitu Guru Penolong Kanan pada masa itu. Pertukaran nama ini dilakukan sebagai reaksi ekoran daripada rungutan penduduk di sekitar Kampung Umbai dan Kampung Pulai yang mendakwa sekolah ini terletak di kawasan masing-masing. Lokasi sekolah ini sebenarnya terletak di sempadan Kampung Umbai dan Kampung Pulai. Nama ‘Seri Mahkota’ dipilih sebagai melambangkan darjah ketinggian ilmu pengetahuan yang diharapkan akan sentiasa berkembang di sekolah ini serta kecemerlangan dalam semua bidang.

Pada masa ini semua 1124 orang murid, 112 orang guru dan 30 orang kakitangan sangat beruntung kerana dapat menikmati suasana persekolahan yang indah, lengkap dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran tanpa gangguan kebisingan lalu lintas. Kemudahan yang disediakan adalah seperti : 47 buah bilik darjah, 2 buah kelas kabin, 9 buah makmal sains, 2 buah makmal komputer, 1 bilik akses, 5 buah bengkel KH, 1 bengkel MPED, 1 bengkel Lanskap Nurseri, 1 bilik lukisan, 1 bilik bimbingan dan kaunseling, 1 Bilik Mesyuarat, sebuah Pusat Sumber Sekolah, 3 bilik ERT, pejabat dan 4 bilik guru, 1 dewan, 1 padang, 1 bilik gimnasium (Sekolah Sukan Sambilan), 2 buah astaka dan sebuah Klinik Pergigian.

Senarai pengetua 
  1. En.Aziz B Tapa - Jan. 1973 hingga Mac 1974
  2. En.Yusof B Ali - 1.5.1974 hingga 31.7.1974
  3. En.salleh B Md.Ali - 1.9.1974 hingga 30.12.1977
  4. En.Aziz B Zubir - 1.12.1977 hingga 15.3.1978
  5. En.Ramli B Mohamad - 15.3.1978 hingga 1.12.1978
  6. En.Sairi B Hj.Tahir - 1.1.1980 hingga 31.7.1987
  7. Pn.Hjh.faridah Bt Bujang - 1.8.1987 hingga 1.12.1987
  8. Tn.Hj.Muhammad Maarof - 1.1.1988 hingga 31.12.1988
  9. Tn.Hj.Janudin B.Jaafar - 1.1.1989 hingga 31.7.1990
  10. Tn.Hj.Ismail B Bachik - 1.8.1990 hingga 31.8.1997
  11. Pn.zakiah Bt Osman - 1.9.1997 hingga 17.9.1999
  12. Tn.Hj.Mazlan B. Md.Amin - 1.10.1999 hingga 15.12.2001
  13. En.Mohamad Yamin Bin Hj.Baba – 16.12.2001 hingga 1.12.2001
  14. Hjh.Maimun Suboh – 1.12.2003 hingga 31.5.2007
  15. Tn.Hj Isa Saleh – 1.6.2007 hingga 31.12.2008
  16. Hjh.Bibah bt A.Rahman – 1.1.2009 hingga 4.7.2011
  17. Hjh.Zariyah bt Daud – 1.8.2012 hingga 2.1.2015
  18. E.Madzlan – 28/2/2017
  19. Tuan.Hj.Zainudin bin Koming – 1.3.2017 hingga Sekarang.


VISI SEKOLAH

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera

MISI SEKOLAH

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara


Tafsiran Logo Sekolah

Bentuk lencana di atas adalah berdasarkan kepada bentuk Gasing Labu iaitu sejenis permainan tradisonal Melayu. Ia menggambarkan dunia yang sentiasa berpusing, berputar dan berubah dari masa ke semasa. Namun ia tetap tidak lari dari paksinya sebagai suatu pegangan dan kehidupan serta dihiasi pula dengan awan suluran. Warna hijau gelap dan hijau muda melambangkan kesuburan fizikal dan mental. Warna kuning melambangkan kesetiaan kepada raja dan negara. Buku merupakan simbol kepentingan ilmu dunia dan akhirat. Roda melambangkan kepentingan teknologi. Bintang melambangkan kemajuan sains. Tiga Bintang melambangkan kepentingan sukan.


Kesemua simbol yang terdapat dalam lencana di atas menggambarkan hasrat dan cita-cita murni SMKSM untuk melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam semua bidang serta pelajar-pelajar yang mampu menghadapi cabaran dan mengisi wawasan diri, keluarga dan negara.


Lagu Sekolah


Maju jaya lambang cita kami

Kata pendorong sakti

Menghadapi cabaran dunia

Satu tekad ke muka

Perintah agama ditaati

Hormat tertib berbudi

Berbakti untuk pertiwi

Menjadi prinsip kami

Harapan ayah dan bonda

Tidakkan dipersia

Doa dan restunya dipinta

Teman ke medan jaya

Sujud diri pada yang Esa

Mohon limpah kurnia

Semangat waja dan berwibawa

Majulah Seri Mahkota


Program Sepanjang Tahun

Majlis Orientasi Pelajar Tingkatan 1 - 30.12.2016 Kempen Ponteng Sifar - 3.1.2017 Majlis Persaraan : Cikgu Mohamad Saleh Lempang